Saturday 31 March 2012

{KAMERA CINTA SUZANA 1} Setiap gambar,punya bukti cintaku padamu




Klik.klik.klik.
   Suzana tersenyum bangga.Kamera digitalnya diusap lembut.Akhirnya dia berjaya.Gambar yang diambil tadi ditatap semula.
   “Akhirnya menjadi…”ucap Suzana.Bibirnya terukir senyuman bahagia.Bukan senyuman tetapi sengihan yang meleret-leret hingga ke telinga!
    Gambar tadi masih ditatapnya dengan penuh minat.Sengihannya masih tertampal di bibir.Tanpa disedarinya,dia telah menjadi perhatian ramai pejalan kaki yang lalu lalang.Ada yang memandangnya seperti dia adalah makhluk asing yang bermata 6 dan ada juga yang tersenyum sinis.
Pin.pin.pin.
   “Woi minah!tepilah sikit.kalau mahu berangan,jangan ditengah jalan!buat kat rumah la!hidup ini kalau tidak menyusahkan orang tak boleh ke?”jeritan suara garau itu mengganggu sesi lamunan Suzana.
    Suzana menoleh ke arah suara yang menyakitkan gegendang telinganya.Telinganya sudah berasap-asap.Marah kerana angan-angannya diganggu.
    Seorang lelaki melayu bertubuh sasa sedang bercekak pinggang di dihadapannya.Lelaki itu merenung tajam ke arahnya.Perasaan takut mula menerjah Suzana.
    “blah la...tunggu apa lagi?’’jerit lelaki itu lagi.
  Pergh..kereknya mamat ni.sindir Suzana di dalam hati.
    Suzana masih membatukan diri.Tidak menjawab mahupun bergerak.Dia seperti boneka yang tidak mempunyai perasaan.
    “Bisu?”temperature lelaki itu mula meninggi.Berasap-asap lelaki itu dengan tindakan berani mati Suzana yang tidak mahu mengalah.
    Suzana masih menyepi.lelaki itu mula berang dengan tindakannya itu.Dia sudah bersedia untuk menumbuk suzana.
    Tiba-tiba seorang lelaki menyambar lengan suzana lalu menariknya ke bahu jalan.
    “Bagus...tarik awek bisu lu tu jauh-jauh.Asyik menyusahkan orang je.”lelaki itu menghamburkan amarahnya kepada Irfan.Geram dengan kejadian tadi.
    “Mengapa dengan awak ni suzana? Berdiri tengah jalan sambil tersengih-sengih. Stres ke?”soal Irfan.Berkerut-kerut mukanya memandang Suzana.
    “Entahlah.Saya rasa tak sedap badan la.”bohong Suzana.
    “Tipu la.Orang sakit dia akan terbaring tengah jalan.Awak pula tersengih-sengih di tengah jalan.Saya rasa awak ada penyakit angau.”Sindir Irfan.
    “Sibuklah.Saya rasa saya kena sampuk kut.”balas Suzana lagi
    “Kena sampuk dengan hantu kamera kot.”Jawab Irfan lagi.
    “Kenapa pulak?”tanya Suzana yang rungsing.
    “Sebab awak tersenyum-senyum sambil tengok kat kamera tu tadi.”ucap Irfan sambil tergelak-gelak.Dia terasa ingin berguling-guling di situ.Terlalu kelakar wajah Suzana ketika itu.
    Suzana cuba menahan malu yang semakin mengusai.Dia bernasib baik kerana tidak mempunyai kulit yang cerah jika tidak pasti wajahnya sudah semerah sos tomato.
    Tidak semena-mena kamera yang tergantung di leher Suzana ditarik Irfan.Irfan berlari sepantas mungkin untuk mengelakkan dikejar oleh Suzana.
    “Janganlah ambil kamera tu pencuri!”jerit Suzana kepada Irfan yang semakin jauh darinya.
    Irfan semakin ligat menekan punat-punat yang terletak pada kamera itu.Dia terkejut besar apabila mendapati hampir kesemua gambar di dalam kamera itu ialah gambar dirinya.
    Dia sedang berjalan,dia sedang makan,dia sedang berjoging,dia sedang memandu, semuanya ada!kamera itu terdapat semua aktiviti hariannya.Semuanya!
    “Tunggu dulu! saya boleh jelaskan.”ujar Suzana dengan nafas yang tersekat-sekat.
    Tiba-tiba Suzana terjatuh apabila kakinya tersangkut pada wayar yang berselerak di tanah.Siapa punya wayar pun dia tidak tahu.
    Darah likat semakin laju mengalir di dahi licinnya.Mungkin batu-batu haisan di tepi jalan itu yang menyebabkan dahinya luka.
   “Ah..berparutlah muka aku ni nanti.”omel suzana di dalam hati. Jatuhlah sahamnya sekiranya ada parut hodoh terlekat di muka comelnya.
   Irfan yang terkejut meluru ke arah suzana “awak tak apa-apa ke?,”soal irfan cemas.
   Suzana hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda yang dia berada dalam keadaan baik.
   Irfan mengeluarkan sapu tangan biru daripada poket seluarnya lalu menutup luka Suzana yang masih berdarah.Berkerut-kerut muka Suzana menahan sakit.
  “Jom saya hantar awak ke klinik,”ujar irfan sambil berdiri.
  “Tak perlu..luka sikit saja ni,”Suzana membangkang idea Irfan. Sebenarnya suzana dari kecil lagi takut nak ke klinik.Dia takut dengan doktor lagi-lagi doktor gigi.Baginya doktor seorang yang garang.   
  “Jangan degil!,”marah Irfan.
  “Saya tak mahu ke klinik.saya nak balik rumah!”jerit Suzana. Jeritan itu menyebabkan beberapa orang pejalan kaki yang lalu lalang menjeling ke arahnya.
  “Ok,”jawab Irfan sepatah.Malas mahu melayan gadis berkepala batu ini.Degil sangat.Entah waktu kecil Suzana ini kerjanya makan batu agaknya.Keras.
  Irfan dengan perlahan memapah suzana ke keretanya yang di parkir berdekatan taman itu.Perlahan-lahan mengangkat suzana ke dalam kereta.
  Irfan memecut meninggalkan tempat parkir kereta sesekali dia menoleh ke arah Suzana yang hanya membisu.Barangkali malu dengan kejadian tadi.
  “Terima kasih.”ucap Suzana.Hanya itu yang mampu terluah dari mulutnya.Masih malu dengan kejadian yang menimpanya tadi.
  “Jangan lupa sapu ubat.Nanti berparut pula.Tak comel.Lagi satu...,”belum sempat Irfan menghabiskan pesannya Suzana sudah meluru ke dalam rumah.Meninggalkan Irfan yang terpinga-pinga.
  “Suzana,Suzana!degilnya kamu!”monolog Irfan di dalam hati.
 

3 comments:

  1. Hi... Crita ni best la. Follow me back ok?

    ReplyDelete
  2. helo.. ade sambungan x utk novel nie.. sye suke la bace novel kamu.. best. mcm kak ilyaabdullah. saya harap kamu sambung menulis lagi yaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. tapi lambat sikit sbb idea da lari~ kene kejar balik.

      Delete