Sunday 22 July 2012


{Kamera Cinta Suzana 2}
setiap gambar punya bukti cintaku padamu
 
         Suzana menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa empuknya.Seluruh tubuhnya terasa lenguh-lenguh disebabkan hentakan kuat di atas permukaan jalan yang berbatu-batu.Mungkin juga sewaktu dia mengejar Irfan yang mencuri kameranya.Maklumlah sudah lama dia tak berlari.
         “Alamak!! Kamera aku!!,”jerit Suzana apabila teringatkan bahawa kameranya itu masih di tangan Irfan.Lepas ni habislah dia akan dicop sebagai STALKER!Terbongkarlah semua rahsianya yang selama ini disimpan rapi!Oh tidak!
         “idea,idea..hah! dapat!” Suzana pantas menyambar beg sandang dan kunci kereta miliknya.Dia harus mendapatkan kamera kesayangannya itu hari ini juga.Jika tidak.. oh tidak! Dia pasti akan menanggung malu seumur hidup!
         ‘Mencuri masuk keretanya’ idea tidak masuk akal ini sahajalah yang terlintas di kepalanya saat getir begini.Biar apa pun yang terjadi,kamera itu harus kembali ke tangannya!
         Pemilik kenderaan yang ditunggu-tunggu itu sudah tiba,dengan pantas Suzana menyelinap masuk melalui pintu belakang kereta Honda City itu tatkala pemiliknya membuka pintu.Badannya yang agak kecil memudahkannya menyorok di belakang kerusi. 
        Matanya meliar mencari kamera hitamnya di segenap sudut kereta itu.Akhirnya dia berjaya menjumpai barang kesayangannya itu di sebelah tempat duduk pemandu! 
  Suzana mula memikirkan idea baru untuk mengambil kamera tersebut tanpa pengetahuan Irfan.Tetapi semuanya menemui jalan buntu.terpaksa lah dia menunggu sehingga Irfan turun dari keretanya itu.
--------------------------------------------------------------------------------
1 jam berlalu..
     
       Akhirnya Suzana mempunyai peluang untuk mengambil kembali kamera tersebut.Itupun setelah perutnya mula mendendangkan lagu-lagu yang kurang enak didengar.Didakapnya kamera itu dengan perasaan gembira yang teramat sangat.
      Dia memandang ke luar tingkap untuk memeriksa tanda-tanda kedatangan Irfan.Pintu kereta tersebut dibuka perlahan-lahan.
  Suzana terus berlari meninggalkan kereta tersebut supaya tidak tertangkap.Dia cuba mengenal pasti dimanakah dia sebenarnya berada.
      ‘‘Putrajaya’’ Terkejut beruk Suzana apabila terpandang papan tanda berkenaan.Bagaimana dia mahu pulang semula ke rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur?.
       Suzana teringat semula beg duitnya di atas meja makan.Oh tidak! Suzana terasa ingin menangis.
’’Mengapalah aku cuai sangat’’ kutuknya kepada diri sendiri.
‘’Suzana? Apa yang awak buat apa dekat sini ?,”satu suara tiba-tiba menyapanya dari belakang menyebabkan kamera yang dipegangnya hampir terjatuh.
Pandangan Irfan jatuh ke arah kamera Suzana. ‘’Mana awak dapat kamera tu? Bukan benda tu ada dalam kereta saya ke?’’soal Irfan dengan muka yang berkerut-kerut.Sekali pandang seperti pak cik yang tercari-cari ke mana hilang dompetnya.
‘’Err.. saya ..,’’
‘’Awak pecah masuk kereta saya bukan?’’ Irfan pantas mencelah sebelum Suzana sempat mencari modal.’’Kalau awak nak semula,mintalah kat saya.Bukan saya tak bagi terus’’sambungnya lagi.
‘’Maaflah.Kamera ni bagaikan nyawa saya tau.Saya sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya semula.,’’ujar Suzana sambil memandang rama-rama yang hinggap di kasutnya.
‘’Perangai awak dari kecil memang tak pernah berubah.,’’Irfan mula tersenyum pabila mengenangkan gadis di hadapannya sewaktu di zaman kanak-kanak.Gadis yang petah berkata-kata,nakal,degil, dan macam-macam lagi lah.
‘’Saya kan memang hebat.’’jawab Suzana spontan.
Irfan menjulingkan matanya ke atas tanda meluat. ‘’Alang-alang awak dah ada kat sini,jom teman saya ke Taman Botani.Sudah lama saya tak ke sana.’’
‘’Jom.Saya pun sudah lama tak ke sana.’’ Jawab Suzana dengan wajah yang ceria.’kamera,tugas kau sudah bermula!’.