Wednesday 7 November 2012


 .::DENDAM SANG PENCINTA::.

      


       Shafiz menyepi . Sesekali tangannya meraup kasar kepala yang kusut . Matanya merenung skrin meneliti setiap gambar dengan berhati-hati . Cuba mencari imej yang pelik dan misteri .
       “fiz,tak balik lagi ? Still tak jumpa apa-apa ke ?,” shafiq menyoal . Shafiz direnung . Tiada apa-apa respons yang ditunjukkan .
       “fiz,kau okey ke ? ,” soalan yang hampir sama tetapi dipendekkan sedikit diulang kembali . Tetapi , si penerima soalan masih kaku menghadap skrin .
       Shafiq menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin . Sabar . Dia mengerti masalah yang melanda rakan sekerjanya itu . Bukan masalah kecil yang dihidapinya . Malah,lebih besar daripada masalah ekonomi negara .
       kreeek.. bunyi kerusi mengejutkan Shafiq yang asyik termenung . Shafiz
dilihat berlari meninggalkan skrin yang dari tadi ditenung bagai nak tembus .
       “Fiz! Kau nak pergi mana ?, ‘’soal Shafiq separuh menjerit . Ada-ada sajalah kawannya yang seorang ini.
       Shafiq merenung skrin yang ditilik kawannya itu sejak tadi . Shafiq terkaku . Ini…………..

       Bilik kosong itu ditenung dengan teliti . mencari klu-klu yang mungkin bisa membantunya mencari maklumat bagi merungkai misteri-misteri yang menghantui biarpun sudah genap sebulan kes itu berlaku.
        “Abang…….” Bunyi bisikan tiba-tiba bergema di dalam bilik kecil itu.
Syafiz hanya terdiam . Dia tahu suara merdu itu milik siapa .
“papa!...” kini suara anak kecil pula menggangu halwa telinganya . bukan dia tidak rindu pada suara-suara itu . Tetapi , mereka sudah tiada,tidak perlulah dia meratapi lagi.
“argghhhhhhh!!!!,” Shafiz menutup telinga . pedih hatinya mendengar rintihan-rintihan derita itu . maafkan papa sayang , papa tak dapat nak tolong .
“shafiz! Kenapa kau ni ?!, ‘’ shafiq segera berlari mendapatkan Shafiz yang dilihat duduk di penjuru bilik sambil menutup telinga denagn muka yang agak mencemaskan .
“Aku pentingkan diri . Safiah , Anis ..mati sebab aku ! sebab aku jadikan mereka umpan untuk kepentingan aku sendiri ! ingatkan geng kongsi gelap tu akan jadikan mereka tebusan . tapi…..mereka terus ….dibunuh… That’s all my fault! ,‘’ Shafiz terus-terusan menyalahkan dirinya sendiri. Memperjudikan nyawa orang tersayang .
“itu semua idea kita semua . Bukan kau seorang je , aku pun rasa bersalah, ‘’ Hadi yang dari tadi hanya melihat adegan-adegan di hadapannya mula masuk campur . sememangnya dirinya turut dihantui rasa bersalah yang teramat sangat kerana dialah antara punca hilangnya sinar keceriaan daripada wajah Shafiz .
“aku yang tak pentingkan mereka .” shafiz menjawab lemah .
“Dooom ! dooom !”
Semua pasang mata kini tertumpu pada sebuah almari kayu yang sudah usang . Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak dalam diri masing-masing . Entah kenapa , baru kini mereka sedar tentang kewujudan almari bersaiz sederhana itu .
Shafiq memberanikan diri membuka pintu almari yang sudah rapuh dimakan anai-anai .
“ kotak muzik ?, “ Hadi menyoal sambil menggaru kepala . Tak logik kotak muzik itu boleh mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seperti itu .
Kotak muzik berwarna emas pudar itu diambil . Shafiq terkejut apabila mendapati kesan darah baru tercalit pada kotak itu .
              “Siapa yang masuk bilik ni selain kita ?, “ soal Hadi lagi .
       Shafiz meneliti kotak muzik itu . seperti pernah dilihat sebelum ini . 0tak cuba dikerah untuk mengenal pasti kotak muzik itu .
              “ Anis ,”
       “ Apa kena mengena arwah Anis dengan kotak ni Fiz ?,” Hadi bertanya sambil tangannya membelek-belek kotak muzik itu . kotak muzik itu dibuka . lagu happy birthday kedengaran .
“ Anis jumpa hadiah ni depan pintu rumah masa hari jadi dia . Tapi , aku tak tahu siapa letak . Aku tak syak apa-apa  . ’’ ujar Shafiz . Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati apa-apa maklumat yang mungkin dapat membantu mereka .
“ Eh , ada kertas dalam ni !, ‘’ jerit Hadi sambil tangannya berhati-hati mengeluarkan kertas kecil yang terletak dalam genggaman patung penari belle di dalam kotak muzik itu .
“ Sesuatu berharga perlu kamu bayar untuk membayar segala hutang ayahmu , wahai anakku ,‘’ kandungan surat itu dibaca lantang . semua yang ada menjadi pendengar paling khusyuk untuk mencari klu-klu tersembunyi .
“ Ellyza . Ellyza ke dalang semua ni ?,’’ Shafiz cuba memikirkan segala kemungkinan yang ada . Ellyza , gadis yang pernah dilukai kerana dia . Tapi , bukankah dia yang curang dengan aku ? .
“ Ellyza ? junior kita masa kat London ?, ‘’ Shafiq bersuara .
“ Ya .”
“ Eh , bawah ni ada lagi tulisan la ! Nyawa dibayar nyawa ! uish.. seram la aku ,” Hadi membelek-belek lagi kertas yang berwarna merah itu dengan penuh minat . Dia pasti inilah kes penyiasatan yang paling mencabar bagi dirinya yang masih terlalu baru dalam dunia penyiasatan ini .
“ Ambil kotak tu , bagi kat makmal forensik . Tengok DNA siapa .’’ Arah Shafiq
Shafiz hanya memerhati kedua-dua sahabatnya itu . Di dalam hati tersimpan tekad untuk mencari siapa pembunuh kejam yang telah membunuh anak dan isterinya . Pembunuh itu mesti dibawa ke muka pengadilan !
“ Ada dapat apa-apa berita ? ,’’ soal Shafiz .
“ Ellyza baru je balik Malaysia minggu lepas . DNA tu masih dalam proses . Esok baru dapat ,’’ balas Shafiq lalu menghirup Nescafe yang dibancuh Shafiz .
“ Dia kat mana sekarang ?, ” tanya Shafiz lagi .
“ Kat Bangi . Dia duduk dengan family dia . Tapi , dengar cerita dia dah ada anak .  Anak kandung . Tapi , aku lupa nak tanya siapa bapak budak tu .”
“What ? bila dia kahwin ? ‘’ Shafiz mula berdiri sambil tangannya ligat mencari fail-fail yang berkaitan dengan identiti Ellyza .
“ Tu aku memang tak tau . ‘’ Shafiq menjawab.
“ Hey guys , aku rasa aku dah jumpa siapa pemilik kotak tu . ‘’
“Hadi . Beratus kali aku kata kalau masuk bagi salam . Hah , siapa ?” tegur Shafiz dengan nada geram . Sakit hati dengan rakan setugasnya yang dirasakan pekak tahap badak itu . Takpun dia mungkin perlu belajar bahasa lain .
sorry la bro lupa lah . excited sikit .” sengih Hadi sambil menutup pintu .
“okey .Cerita lah .”
“ Ellyza kata , dia pernah nampak kotak muzik tu . Masa tu dia pergi kedai pajak gadai cina yang kau dengan dia pergi dulu masa kau cari gelang mak kau . Dia kata yang dia ingat dekat dalam almari kaca . Tapi , kotak muzik tu tak jual . ‘’ cerita Hadi dengan panjang lebar .
“ Ada apa-apa lagi ? ,” soal shafiz kembali .
“ Mana kau dapat semua cerita ni ? Mana kau kenal Ellyza ? ‘’ Shafiq yang dari tadi mendiamkan diri mula mengesyaki sesuatu . Seingatnya , Hadi tak pernah tahu siapa Ellyza .
“ Aku ikut kau hari tu . ‘’ ujar Hadi bersahaja .
“ Ada ke ? tak perasan pun .”
“ Aku pakar macam James Bond .”
“ eleh . Perasan .”
Shafiz masih diam . Cuba mengingati segala kejadian pada hari tersebut . Hari di mana terputusnya hubungan antara dia dengan Ellyza .
Auntie , you dah lama kerja sini ke ? ‘’ soal Shafiz sambil memerhati sekitar ruang kedai lama tersebut . Misinya hanya satu , mencari semula rantai pusaka ibunya yang kini nazak .
“ 18 tahun . kenapa ? ‘’ nyonya yang berkebaya merah itu menjawab sambil membelek2 wajahnya di cermin .
“Saya sedang cari rantai ni ,” ujar Shafiz sambil menunjukkan sekeping gambar lama .
Riak wajah nyonya itu tiba-tiba berubah kelat . Gambar yang dipegangnya dipandang tanpa berkelip .
‘’keluar! Keluar! Jangan datang lagi!”  jerit nyonya itu secara tiba-tiba . Rantai itulah yang menyebabkan suaminya terbunuh !
“ kenapa ? Saya buat salah ke ?” soal Shafiz kehairanan.
i cakap jangan datang lagi ! You pekak ke ? ‘’ marah nyonya itu sambil menolak Shafiz keluar .
Tanpa disangka , nyonya berkebaya itu jatuh terbaring di atasnya disebabkan terlanggar sebuah kerusi . Ellyza yang kebetulan baru masuk ke dalam terdiam tanpa kata .
“ Awak kata nak cari rantai tu tapi ....... apa ni?! ‘’ Ellyza menangis teresak-esak sambil berlari meninggalkan Shafiz tanpa sempat dia menjelaskan apa-apa .
 “ Fiz , kau dengar tak ? ‘’ Hadi menepuk bahu Shafiz yang sepi tanpa kata . Sepatutnya dia bersorak tak pun cakap lah nak belanja aku makan , ni pergi termenung . Asalehe betullah . Buat penat je aku cari maklumat ni sampai hampir kena belasah dengan anak nyonya tu .
“ err.. Apa ? “ Shafiz menggaru kepala .
“ Aku dah jumpa siapa pemilik kotak muzik tu . Nama dia Suzanne Eng Wai . Dia yang hantar kotak muzik tu kat kedai pajak gadai Wong Yue . Tapi si Wong Yue tu pula dah jual benda tu dekat sorang perempuan yang tak dikenali . Tapi , si Wong ni kata perempuan tu menyeramkan . Dia langsung tak cakap apa-apa masa beli benda tu . Dia cuma ambil then terus bayar . ‘’
“ Siapa perempuan tu ?, “ soal Shafiq pula .
Dont know . Cuma si Wong ni kata perempuan tu naik Mercedes warna hitam , “
“ Nombor plat ?,”
“ tak dapat dikesan .”
Shafiz mengeluh . Entah kenapa kes ini semakin mencabar . Lepas satu , satu watak muncul . Dia cuba mengimbau segala kesalahannya . Tiba-tiba ...
       “ baru aku ingat ! Aku ada seorang musuh semasa di UITM . Nama dia Wan . Aku tak ingat nama penuh dia . Aku yang rampas Safiah dari dia , “
       “ Wan ? Oh .. patutlah dia tak datang masa aku jemput dia pergi kenduri kahwin kau . Kau yang dia cerita selama ni rupanya . Jadi .... Anis bukan anak kau ? ‘’ secara tiba-tiba Shafiq mencelah . Betullah apa yang diberitahu Wan selama ini . Anis ialah anaknya , bukan Khairul Shafiz bin Shaiful Hakim . Patutlah Shafiz tak berapa nak sayang dekat Anis .
       “ Akhirnya . Terbongkar jua .” balas Shafiz sambil mengangguk lemah.
       “ kenapa ?, “ Shafiq bertanya lagi dengn perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar . Mengapa baru hari ini abang kembarnya ini mahu berkongsi rahsia ? Bukankah dia adik kembarnya sendiri ? tidak punya hakkah dia ? .
       “ Aku sayangkan arwah Safiah . Mulanya aku kecewa bila dapat tahu yang dia mengandung anak luar nikah dengan Wan . Tapi , dah sayang , aku sanggup jadi pak sanggup . Mulanya aku janji nak jaga arwah Anis macam anak sendiri tapi , aku marah bila tengok muka arwah Anis ada iras Wan . Tu yang ... “ terpancar riak kesedihan dan penyesalan yang teramat di wajahnya . Adakah arwah Anis akan bahagia sekiranya dia sanggup melepaskan arwah Safiah kepada Wan ? Ahh ... aku terlalu sangat mengikut perasaan tika itu .
       “ Besarnya rahsia yang kau sorokkan dari kami fiz . Apa perasaan mak kalau dapat tahu perkara ni ? Mak dah mati-mati fikir yang Anis memang betul-betul cucu kandung dia . Zuriat kau, “ Dada Shafiq terasa sebak . Ingin saja dia menangis ketika itu . Tapi , ego yang memuncak menyebabkan dia menahan dari menumpahkan air jernih di tubir mata .
       “ Maafkan aku . Aku tak ada niat nak menipu . Aku fikir , rahsia ini takkan terbongkar . Tapi ,Allah SWT Maha Berkuasa . “ Mata Shafiz sudah memerah . Rasa bersalah membelenggu dirinya kini .
       “ HAHAHAHAHA ! Akhirnya ! Saat yang aku tertunggu-tunggu sejak sekian lama ! Titisan air mata ! ‘’ satu suara secara tiba-tiba menyampuk .
Wan !
       “ Memang dah lama aku nak tengok kau musnah Shafiz . Sedar juga kau ya dengan kesalahan kau ?” perli Wan dengan kata-kata yang penuh sinis .
       “ Hadi ? “ soal Shafiz dan Shafiq serentak .
       “ Wan Hadi bin Wan Hakim . Kenapa ? terkejut ? Tak sia-sia aku buat plastic surgery kan ? korang dah tertipu nampaknya . Nak tau macam mana aku bunuh bini dan anak kau ? Tak nak ? okey , malas nak cerita .” ujar Wan atau Hadi . Lagaknya kini seperti watak jahat di dalam sebuah cerita di dalam filem mahupun drama .
       “ Celaka kau Wan ! Sanggup kau bunuh mereka ! Baik kau bagi tahu kami bagaimana kau membunuh mereka ! ” suara Shafiz bagaikan halilintar . Wan memang tidak boleh dimaafkan ! tergamak dia !
       “ Senang saja . Ingat hadiah tu ? Aku yang letak depan rumah . Nak bagi surprise kat anak aku . Tapi , kotak muzik tu sebenarnya ada CCTV . Kau yang bodoh tak dapat kesan . Jadi ,aku tahu lah gerak geri mereka dengan mudah . 12 Januari 2012, ingat lagi ? aku culik diorang sebab masa tu kau ada kat Jepun , kursus Persatuan Penyiasat  yang sepatutnya ‘Hadi’ datang .” Gelak Wan atau Hadi semakin galak .
       “ Kau tipu aku !” dengus Shafiz, sabarnya semakin tidak tertahan .
       “ Opss.. cerita belum habis . Aku letak mereka kat rumah tu , mulanya aku nak simpan lama-lama , tapi , Ellyza kata bunuh je terus . Boleh dia masuk line . Jadi ,aku pun bunuh la diorang . Tak guna simpan lama-lama . Kalau mintak wang tebusan pun buat apa kalau hati tak tenang kan ? Oh , lupa nak bagitau yang kotak muzik tu si Wong Yue yang hadiahkan . Tanda bayaran kau dah selesai .”
       “Bayaran apa ? ” soal Shafiz bingung .
       “Ingat rantai mak kau tu ? Wong Yue pernah jadi perempuan simpanan bapak kau . Bila mak kau tahu , dia serang Wong Yue dan bunuh anak Wong Yue yang disangka anak bapak kau dengan Wong Yue . Padahal tu anak Wong Yue dengan mendiang suami pertama dia . And mak kau gunakan rantai pusaka tu untuk cekik anak Wong Yue . ”
       “ Kau mereka cerita !” bentak Shafiq . Mukanya sudah memerah menahan geram .
       “ Kau balik kampung kau tanya mak kau yang kau rasa paling baik tu . ” balas Wan atau Hadi dengan kata-kata yang sungguh berbisa .
       “ Bukan Ellyza dan Wong Yue je yang berkomplot dengan aku....” tiba-tiba Wan menepuk tangan sambil matanya memandang ke arah pintu . 
“ Si gadis Mercedes warna hitam !” Wan menepuk tangan sambil memperkenalkan seorang perempuan.............
“ Ayu ? ” Hampir menjerit Shafiq apabila teman wanitanya , Ayu turut terlibat “Tapi , bagaimana ?”
Ayu is my sister Shafiq . Takkan awek sendiri tak tahu kut ? Ingat semasa di Gunung Korbu ? Masa tu Safiah dan Anis memang ada kat situ . dan kau pun hampir jumpa mereka . Tapi , siapa yang lengahkan kau ? AYU ! kau berdua memang lembap ! konon penyiasat . Kes mudah pun tak dapat selesaikan !,” tengking Wan atau Hadi dengan nada mengejek .
“ ANDA TELAH DIKEPUNG ! SILA SERAHKAN DIRI SEKARANG !” satu suara tiba-tiba mengejutkan mereka .
“ Polis dah sampai ! Memng betullah firasat aku yang kau ni memang sorokkan something.”  Ujar Shafi dengan bangga . Bangga kerana firasatnya sentiasa betul . “ sebab tu aku dah rakam semuanya dan call polis ,”
“ Goodbya my friend . Selamat masuk ke dalam penjara . ,” sambung Shafiq dengan senyuman yang mekar . Satu lagi kes dah selesai . Semoga roh arwah Safiah dan Anis aman disana .
" SEBAB CINTALAH AKU MACAM NI ! JAHANAM !" jerit Wan dengan penuh dendam .